Wednesday, February 26, 2014

realiti hidup

Assalamualaikum wbt ^_^

curi masa sikit malam ni..saya rasa hari ni hari yang panjang buat saya..memenatkan..sungguh cik ton..bukan saya mengeluh tapi itu la hakikat yg perlu saya lalui setiap hari..berhadapan dengan budak2 perlu kesabaran yang tinggi ye cik kak..

hari ni banyak betul kes..dari pelajar sampai la ke mak bapak...saya kena hadap untuk setel kan..sampai kan makan pon tak sempat (takpe boleh diet :p) sebab tu saya cakap hari ni hari yang panjang..dengan ada encik koko lg..jawabnya sampai ke petang la kat sekolah ye..

apa yang cuba saya nak cerita, adalah pasal anak2..walaupun saya belom kawen dan takde anak, tapi saya membesar dengan kanak2 riang dan banyak membantu mak saya jaga anak asuhan dia..anak ni ibarat macam kita buat kuih..kalau kita guna ramuan yang berkualiti tentulah sedap kan???yee dookk..dan kita guna acuan yang cantik dan tidak herot sana sini..mesti kita punya kuih tu cantik je bila masak..macam tu jugak anak..jika acuannya betul, yakni mak bapak menjaga kebajikan anak dan beri perhatian sepenuhnya termasuklah menyemak kerja sekolah, beri moral yang baik dsb, anak2 akan "menjadi"..tapi kalau kita ajar anak2 kita dengan perkara yang tidak betul, anak2 akan ikut sehingga dia besar..betol tak darling???

anak2 tu cerminan ibu bapa..kalau baik ajaran maka baik lah anak2..jangan kita abaikan anak kita,tapi bila dia buat sesuatu yang salah,kita menuding jari pada orang yang tak sepatutnya..pandang wajah anak2 kalian, fikirkan apa yang kita mahu untuk anak2 kita di masa depan..adakah kita mahukan anak2 yang mendoakan kita ketika tiada nanti atau sebaliknya..wallahu'alam..


p/s : serius saya suka vitamin b complex SHAKLEE..walau saya hadapi banyak kerja atau masalah di sekolah tapi saya tetap COOL hehehehe

No comments:

Post a Comment